VISITORS

Tuesday, 19 July 2016

SEGALANYA BERMULA DISINI - SISTA V


SEGALANYA BERMULA DISINI ...SISTA V
Awal bicara Assalamualaikum w.b.t sahabat2 yg dikasihi.. 
Waktu tu Ita ada dirumah Ibu , selesai makan tengahari, terpandang la suratkhabar yang dah beberapa hari punya keluaran dan selak punya selak mata terpandang iklan mengenai ilmu berniaga yang dah sekian lama Ita abaikan selama ini.
Ita tekad untuk mendaftar dan pergilah dalam keadaan hujan yang renyai-renyai untuk mendengar mentor itu membuat "presentation".Semangat terus membara usai 3 jam mendengar, Ita bertekad lagi untuk menyambung pembelajaran bersama mentor itu walaupun terpaksa meninggalkan anak2 selama beberapa hari.Itulah pengorbanan yang pertama untuk "perjalanan ini"
Saat pergaulan bersama insan-insan yang berjiwa dan berminda positif di Ibukota itu, terasa diri ini amat kerdil apabila sering ditanya "awak bisnes apa ?disusuli dengan ini kad bisnes saya , kerana ketika itu Ita masih lagi kosong dengan dunia perniagaan.
Selesai hari terakhir pembelajaran bersama mentor,Hujan pun turun dengan lebat dan PADA KETIKA INILAH didalam kereta , ilham menghasilkan SISTA V muncul daripada minda Ita.
Terus Ita ke Masjid besar yang berdekatan dan melakukan istikharah meminta petunjuk agar dipermudahkan.Sampai kembali bertemu keluarga di kampung halaman, Ita tanpa berlengah terus mencium kaki ibu memohon ampun, restu yang sebelum ini Ita belum pernah lakukan.
Bermula dari situ , segalanya mudah bagi Ita hingga ke hari ini dengan terhasilnya produk SISTA V .Apa yang Ita nak pesan sebelum melakukan sesuatu keputusan , mohon petunjuk dariNYA , minta restu dari Ibu dan Bapa serta sambung dan eratkanlah silaturrahim sesama insan , In sha Allah segalanya akan dipermudahkan, Ita bercakap atas pengalaman Ita sendiri.
Moga petikan ini ada manfaatnya untuk sahabat2 Ita yaa.. 

No comments:

Post a Comment